KUALA LUMPUR: Sudah lebih empat bulan Kembara Kenali Borneo melabuhkan tirainya, namun lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dua lagu yang terkenal dalam kalangan rakyat Sarawak dan Sabah itu sering dimainkan dalam kembara di dua negeri berkenaan pada September tahun lepas.
"Sampai hari ini Tuanku masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo, Tuanku akan tengok video yang dirakamkan, malah sehingga kini lagu yang didengar Seri Paduka ialah lagu-lagu kembara," kata Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Nazim Mohd Alim dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
Lagu Iban bertajuk Bekikis Bulu Betis yang dicipta dan dinyanyikan Andrewson Ngalai dan Hanya di Sabah oleh penyanyi Dabra Sia, merupakan antara "lagu wajib" yang sering dimainkan sepanjang majlis keramaian di Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu itu.
Seri Paduka, yang ditemani Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta paduka anakanda berkenan mengetuai konvoi dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda mengharungi perjalanan sejauh 2,332 kilometer.
Merentasi Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, program kembara berkenaan diadakan buat julung kali bagi memberi peluang kepada rakyat Sabah dan Sarawak mendekati Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta anakanda baginda.
Menerusi Kembara Kenali Borneo, Nazim berkata sifat Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong yang baik hati dan merendah diri amat terserlah apabila tanpa segan dan kekok, baginda berdua beramah mesra dengan rakyat jelata serta makan dan berhibur bersama-sama.
Sebagai tanda kasih dan rindunya kepada rakyat Sabah, beliau berkata Al-Sultan Abdullah menitahkan sendiri Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah membuat persembahan pada Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 pada Oktober tahun lepas.
Sehingga kini, Seri Paduka juga menurut Nazim, masih menyimpan rasa teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak, walaupun pada awalnya tujuan utama baginda berdua hanyalah untuk bercuti di kedua-dua negeri itu.
"Kita jangka orang akan tunggu Seri Paduka, tapi tidak sangka seramai itu, sambutan begitu luar biasa, terlalu ramai yang datang sehingga ada yang duduk di atas jalan (sambil menunggu)," katanya.
Nazim turut menunjukkan fail mengandungi ratusan surat yang diterima Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sepanjang program kembara berkenaan yang bermula dari 3 hingga 13 Sept 2023, dan menurut beliau, kesemuanya telah dibaca satu per satu oleh Seri Paduka.
Surat-surat berkenaan tercatat pelbagai permintaan, antaranya melibatkan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, kemudahan bekalan elektrik dan air serta liputan Internet.
Ada juga surat yang menyatakan luahan isi hati meminta Raja Permaisuri Agong mendoakan agar penulis surat berkenaan dikurniakan zuriat.
"Balik daripada kembara itu kita bermesyuarat, kumpul dan kita asingkan surat berkenaan mengikut kategori, kemudian dibawa kepada Perdana Menteri, perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan, diambil tindakan dan kita dapat maklum balas dengan segera.
"Kesemua (surat) telah diambil tindakan, 100 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Al-Sultan Abdullah berkenan melambai orang ramai ketika program Kembara Kenali Borneo di Miri, September lalu. - Gambar fail/ Bernama
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana